CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 28, 2009

Salam Aidilfitri

Hari ni 28 September 2009, Tapi masih belum terlambat rasanya untuk saya menceritakan Aidilfitri saya yang penuh bermakna pada tahun ini...

Raya tahun ni agak berbeza untuk saya. aidilfitri pada tahun lepas, saya masih berseorangan dan menyambut hari raya dengan emak. Memandangkan saya anak bongsu dan hanya seorang yang belum berkahwin ketika itu, saya akan balik awal 2-3 hari sebelum raya untuk sesi mengemas rumah. Basuh lantai, tingkap, bilik air, pasang langsir, bentang karpet, susun kuih dan lain-lain. Dan emak akan ambil alih segala aktiviti di dapur..
Tapi tahun ni, saya beraya dalam suasana yang berbeza... Saya sudah BERDUA Dan gilirannya tahun ini menyambut raya pertama di Terengganu. Jadi ia juga.untuk kali pertama saya beraya jauh dari mak di hari raya pertama...Tapi itu kan lumrah alam.. Namun ingatan tetap untuk mak di kampung. Saya gembira kerana meraikan raya dalam suasana yang baru, bersama dengan keluarga baru dan Alhamdulillah, saya sangat senang dengan keluarga ini. Cuma yang membuatkan saya agak sebak apabila mengenangkan mak seorang di kampung tahun ni. Bukan kami taknak temankan, bila saya dengan sukarela nak beraya dengan mak dulu, mak tegah sebab takut nanti saya tak berjumpa dengan adik beradik yang lain. Alhamdulillah, ada abang di atas saya untuk menyambut pagi syawal bersama emak (Kampung isterinya, sebelah kampung tu je). Namun saya percaya, suasananya pasti lain bagi mak.

18 Sept ( Jumaat petang) kami bertolak balik ke terengganu. Saya cuti jumaat tu., mengemas2 rumah dan buat kek (dapatlah 2 biji choclate moist ). Petang tu sempat kami berbuka di kampung. Sampai-sampai je terus berbuka. Hehe..timing yang sungguh BAEK kan...heheheh

Pagi raya, semua meraikannya dengan meriah..Walaupun kami tak ramai (kebetulan hanya saya + suami dan keluarga abang yang balik kampung), namun kemeriahan tetap terasa...Pagi raya, kami sambut dengan nasi minyak special mek..hehehe...

Dengan itu, masih tidak terlambat untuk kami ucapkan...Selamat Hari Raya AidilFitri buat semua, Maaf zahir batin atas segala kata dan tingkah yang tidak menepati hati kalian.

2 comments:

Es hash ei Ka Ei en said...

uiksss bj raya incik suami anda sm dgn kaler incik bf sy la... hahahaha

anyway salam aidilfitri.. bila nk dtg kl lg???

CikDibah ;P said...

shem...
yeke..hihi...mmm..tulanh ingat macam nak turun KL weekend nih..tapi maybe tak ajdi sebab..last weekend tak dapat rehat langsung...takpe, nanti kami turun KL, kami roger...

Monday, September 28, 2009

Salam Aidilfitri

Posted by CikDibah ;P at 8:48 AM

2 comments on "Salam Aidilfitri"

Es hash ei Ka Ei en on October 6, 2009 at 1:11 PM said...

uiksss bj raya incik suami anda sm dgn kaler incik bf sy la... hahahaha

anyway salam aidilfitri.. bila nk dtg kl lg???

CikDibah ;P on October 6, 2009 at 2:03 PM said...

shem...
yeke..hihi...mmm..tulanh ingat macam nak turun KL weekend nih..tapi maybe tak ajdi sebab..last weekend tak dapat rehat langsung...takpe, nanti kami turun KL, kami roger...

Related Posts with Thumbnails