Kadang-kadang apabila melihat insan yang kita sayangi dan sanjungi ditimpa dugaan, kita juga turut merasa tempiasnya. Apatah lagi kalau insan itu merupakan tempat kita bermanja, bercerita dan berkongsi suka dan duka. Menjadi pembimbing dalam menjalani kehidupan. Pasti kita juga turut merasa dan berkongsi kesedihan itu. Tapi yang pasti, kesedihannya adalah lebih perit.. Bak kata pepatah..Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Ish, saya agak emosional kan. Cuma saya menjadi agak perasa sekarang, melayan rasa hati sendirian. Mungkin kerana cuba memahami beban perasaan yang melanda orang sekeliling, insan-insan yang jauh di mata, namun begitu lekat di hati. Saya menjadi begitu sedih apabila mereka kesedihan. Namun, alhamdulillah saya ada teman di sisi untuk berkongsi kesedihan itu.
Yang mampu saya katakan kepada insan yang lekat dihati saya itu, bersabarlah...sesungguhnya, kami akan sentiasa ada bersamamu, memberi sokongan dan bantuan. Kasih sayang kami untukmu tidak berbelah bagi. Moga kita sama-sama menghadapi keadaan ini dan moga hati kamu kuat menghadapinya. Pohonlah bantuan kepadaNYA kerana DIA lebih mengerti...