
Gambar ni adalah gambar kami sekeluarga dan satu-satunya gambar yang lengkap ada kami semua yang diambil di studio... Bukan takde niat nak ambil gambar sekeluarga lagi (apatah lagi setelah ahli keluarga bertambah) di studio..tapi niat asyik tertangguh hinggalah abah pergi meninggalkan kami...Biarpun memoriku tentang gambar ini tidak berapa kuat(mungkin terlalu kecil waktu ni..)...namun ia sangat bermakna
Hari ini 3 september 2009..genap 8 tahun pemergian insan yang paling kami kasihi...
abah..namun semangatnye masih terus bersama aku..sepertimana sentiasa terdengar di telinga ku kata2nya...
" Dik, awak ni buah yang terakhir..jadi biarlah buah yang terakhir ni yang terbaik...."
Sampai bila-bila pun akan ku ingat kata-kata itu...
Sesungguhnya...pemergian abah tanpa diduga-duga oleh semua orang...tanpa disangka, gurauannya pada petang itu adalah gurauan yang terakhir...abah pergi pada jam 4 pagi hari isnin, 3 september 2001...pada hujung minggu tu, mak dan abah datang ke KL sebab atam pindah rumah di taman melati..kebetulan pula..ateh juga tinggal bersamanya. dan aku belajardi UIA yang berhampiran..Maka sabtu tu kami berkenduri sambil membuat tahlil sempena rumah baru atam....dan abah seperti biasa mengusikku...
"abah rasa nak pergi KLCC...tapi nanti ada pulak orang nak mengikut..."
dan anaknye ini hanya menarik muka masam...Tapi abah memang sangat gembira pada hari itu...sehingga bila dia membaca doa, dia menangis...
pada hari ahad, abang di kampung menjemput mak dan abah...jadual asalnya..mereka pulang menggunakan bas sahaja...tapi abah beria-ia menyuruh abang mengambilnya sambil bawa anak-anaknya berjalan. Rupa-rupanya..seperti dia sudah tahu..sepanjang perjalanan pulang ke kampung, 2 kali abang terpaksa memberhentikan kereta...sebab abah sakit dada...dan anak kecil abang tak berhenti-henti menangis....dan malamnya abah dimasukkan ke hospital..dan sesungguhnya...aku tidak diberitahu kejadian ini...sehinggalah pada jam 4 pagi, atam telefon dan mengatakan abah dah pergi...Rasa tidak percaya sungguh....kebetulan 3 hari lagi ulangtahun kelahiranku...kurasakan semua ni suprise untukku....
Tepat jam 8.30 pagi baru kami 3 beradik selamat sampai di kampung...agak lewat sebab terpaksa tumpang makcik...Nyaris lagi mak tak tumbang apabila kami sampai...jenazah selamat dimandikan....dan setelah kakak di terengganu selamat sampai jenazah selamat dikebumikan....
Abah seorang yang periang dan suka bergurau dengan anak-anaknya...Dan selalu memanjakan anak-anaknya..kalau antara kami akan balik kampung, semua makanan kegemaran kami akan dibeli...abah juga suka mengusik mak..mak agak serius orangnya...Namun begitu..abah memang terkenal dengan kegarangannya...sekali dia jeling je, kami semua dah takut...Tapi yang agak berani sikit dengan abah, adalah anak bongsu intan payungnya ini...hihi..adibah inilah...mungkin anak bongsu, jadi aku agak dimanjakan berbanding dengan orang lain...Tapi masih takut juga dengan bah, terutama kalau ade buat kesalahan apa-apa...terbayang-bayang rotan panjang abah..(sebab banyak kali juga singgah di kaki dan tangan :P)
Menurut mak, aku ni banyak mengikut sikap abah...tak berapa serius (tapi kadang2 moody jugak), suka berbelanja dan macam-macam lagi..terutamanya dari segi makanan kegemaran..kami semua mengikut abah..kecuali atam...anak mak...Darah juga darah abah...darah O...cuma satu..abah ni really managable..dia akan rekod semua perbelanjaan dan semua aktivitinya secara tersusun...setakat ni...semua kami tak dapat sikap yang itu..kalau ada pun aku, cuma hangat-hangat tahi ayam..hihihii

Inilah abah kesayangan kami...kebanggaan kami...
Raja dihati kami..biarpun abah tak sempat melihat hari bahagiaku...hari konvokesyenku..hari pertama aku bekerja..hari pertama aku membawa kereta sendiri...dan hari perkahwinanku bersama insan tersayang..namun aku pasti, jikalau abah ada, dia pasti akan tersenyun lebar seperti biasa...
Abah, adik sayang abah...Abah tida galang gantinya....