Assalamualaikum....Alhamdulillah...Rasa bersyukur yang tidak terhingga...Atas peluang dari Nya, saya berpeluang merasai perasaan menjadi seorang ibu. Sungguh perasaan itu amat indah dan tak dapat nak saya nyatakan walaupun melalui pelbagai perit, lelah dan susah payah...
Seperti yang dijadualkan 20 mac saya masuk wad di Hospital Temerloh..Demi anak2 saya turutkan jua..walaupun hati sangat berat ingin meninggalkan rumah dan suami..tambahan lagi semua saudara mara dan ipar duai ada di rumah. Petang tu, doktor scan lagi dan kedudukan anak-anak masih tidak berubah...Jadi saya terus dijadualkan untuk operation hari Isnin, kes yang pertama... Jadi pada hari Ahad tu, persiapan dijalan ke atas saya untuk menjalani operation hari seterusnya, seperti memasang tiub di kiri kanan tangan dan lain-lain (heheheh)..Dan bermula maghrib AHad tu, saya sudah berdebar dan tidak boleh melelapkan mata..Walaupun sudah puas semua orang menenangkan saya...Lebih -lebih lagi bila en suami telefon dan bertanya...
"Awak OK..?"
Adus..terus tak boleh bercakap...dan jatuh air mata tak tertahan-tahan

Esoknya, seawal 4.45 am, nurse sudah menggerakkan saya, suruh mandi dan bersiap sebab ada beberapa persiapan yang perlu dibuat sebelum menolak saya ke operation theatre...Alhamdulillah..sempat jugak saya solat subuh dan buat yang sepatutnya (risau jugak kalau tertinggal yang wajib kan....) Dalam 6.30 am suami dan kakak sampai dan temankan saya sehingga ke operation room...Masa tu dah tak boleh nak bercakap..macam2 perasaan ada..rasa tidak selesa dengan keadaan dir..Rasa itu, ini...dan macam-macam lagi...Rasa betapa terseksanya diri pun ada

Sehingga saya terdengar suara si kecil yang pertama...Terus rasa tersedar dari dunia lain dan perasaan yang tidak selesa tadi semuanya hilang..hanya ada perasaan terharu dan teruja...Apatah lagi, nurse tunjukkan kepada saya...
" Ini First baby awak..lelaki ke perempuan...?" " Perempuan..."
Dan dia letakkan di atas dada saya...2.3 kg lahir jam 8.38 am...Betapa seronoknya perasaan ketika itu...sambil meneliti, saya berkata...si kakak macam abah...


Dan...Alhamdulillah dalam jam 10.30 am saya ditolak keluar ke wad Kenangan 2...suami, kakak, emak dan mek sudah bersedia menunggu di luar...Sangat gembira dan teruja melihat saya selamat bersama sepasang anak-anak saya....Inilah mereka...
Alhamdulillah, saya sudah selamat sampai ke rumah semalam...Tidak lagi runsing apabila malam menjelma sebab sudah ada abah, opah dan tok di sisi ibu untuk membantu menjaga kakak dan abang...

Kepada semua yang mendoakan kami..Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan...Moga kedatangan insan-insan kecil ini membawa seRIBU MAKNA kepada hidup abah dan ibu...InsyaAllah...Harapan abah dan ibu:
Kalian menjadi anak yang soleh dan solehah...
Penyejuk di mata dan penawar di hati kami...
Bisa membahagiakan kami hingga ke akhir hayat...
Akan kami jaga kalian sepenuh kasih sayang...
"Apabila menjadi ibu...then baru kita tahu perasaan sebenar seorang ibu...." Quoted from EMAK