Kadang-kadang apabila melihat insan yang kita sayangi dan sanjungi ditimpa dugaan, kita juga turut merasa tempiasnya. Apatah lagi kalau insan itu merupakan tempat kita bermanja, bercerita dan berkongsi suka dan duka. Menjadi pembimbing dalam menjalani kehidupan. Pasti kita juga turut merasa dan berkongsi kesedihan itu. Tapi yang pasti, kesedihannya adalah lebih perit.. Bak kata pepatah..Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Ish, saya agak emosional kan. Cuma saya menjadi agak perasa sekarang, melayan rasa hati sendirian. Mungkin kerana cuba memahami beban perasaan yang melanda orang sekeliling, insan-insan yang jauh di mata, namun begitu lekat di hati. Saya menjadi begitu sedih apabila mereka kesedihan. Namun, alhamdulillah saya ada teman di sisi untuk berkongsi kesedihan itu.
Yang mampu saya katakan kepada insan yang lekat dihati saya itu, bersabarlah...sesungguhnya, kami akan sentiasa ada bersamamu, memberi sokongan dan bantuan. Kasih sayang kami untukmu tidak berbelah bagi. Moga kita sama-sama menghadapi keadaan ini dan moga hati kamu kuat menghadapinya. Pohonlah bantuan kepadaNYA kerana DIA lebih mengerti...
8 comments:
Apabila kita telah berserah pada Allah segalanya kita akan berlapang dada walaupun perit melaluinya tapi penderitaan itulah mengajar kita menjadi lebih matang dan dewasa.Harap sesuatu yang terjadi ada sesuatu hikmah yang tak ternilai yang hanya DIA yang lebih tahu.....
si suami ya? sabar has a great reward.
acu: thats right..begitulah kan...berusaha dan kemudian betawakal..
adik kici: hehehe..
Memang betul tu dik... Musibah yang datang itu adalah kerana kifarah atas dosa2 kita ataupun allah ingin mengangkat darjat keimanan kita... Apapun yang penting kita mesti percaya dan yakin pada ketentuanNya. Semuanya yang terbaik allah berikan, cuma kita kadang2 tidak sedar...
huhuhu..memang pun hidup ni sentiasa ada masalah yang perlu di fikirkan... memang kita runsing, memang rasa tak berdaya..pendek kata "macam2 ada..."...tapiiii...
HIDUP MEMANG TAK ADVANTURE TANPA MASALAH :D
kite masih ada DIA untuk tempat mengadu kan..kan..kan :D
De + sufi:
thats rite...memang betul pun..macam tulah..kadang-kadang kita dia tas, menikmati kebahagian...kadang-kadang kita diduga sedikit..tapi DIA sentiasa ada bersama kita..jadi...
LA TAHZAN...
uish.... diba...santekknya...
sungguh santekk!
Post a Comment